PENGENALAN



PRESSTiJ diluluskan penubuhannya pada 2hb. Julai, 2010. No. pendaftaran pertubuhan adalah 1631-10-NSE, didaftar di Seremban, Negeri Sembilan. Penubuhannya bermula setelah Asset dibubarkan dalam bulan Disember, 2009. Ahli Jawatankuasa Penaja bermesyuarat di Seremban International Golf Club pada 19hb. Disember, 2009 selepas pertandingan Golf Amal anjuran SMSTJ. Satu lagi pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Penaja diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) pada 13hb. Mac, 2010. Pihak SMSTJ pada hari tersebut menyediakan pelbagai aktivit "Pulang Ke Sekolah", antaranya perlawanan bola persahabatan, lawatan di sekitar sekolah, jamuan di kantin sekolah, makan di dewan makan, dan "Bed & Breakfast" iaitu bermalam di asrama.

Kempen 500 Ahli Dalam 100 Hari

Sokongan semua bekas pelajar amatlah dihargai. Yuran masuk RM20.00, yuran tahunan RM20.00 dan yuran keahlian seumur hidup RM300.00. Download borang keahlian dan hantar ke pejabat.

Oleh kerana tahun 2010 sudah sampai ke penghujungnya, YDP telah memutuskan bahawa semua ahli yang telah berdaftar sejak penubuhan dikecualikan yuran bagi tahun 2010. Ini bermakna yuran yang telah dibayar adalah untuk tahun 2011. Sertailah PRESSTiJ segera dan mendapat nombor keahlian yang terawal.

SEKARANG ANDA BOLEH PULANG KE SEKOLAH SEPANJANG TAHUN. WAKIL KAMI (PRESSTiJ) SENTIASA MENUNGGU ANDA. PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENGALU-ALUKAN ANDA. TETAPI JIKA ANDA BETUL-BETUL INGIN BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI DATANGLAH PADA HARI PULANG KE SEKOLAH PADA HARI SABTU PERTAMA BULAN JUN SETIAP TAHUN (HARI KEPUTERAAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG)

Gambar semasa Mesyuarat Agong

TOP